Assalammualaikum.......Hello peeps!
Okeyy..let's talk about Beauty , ini memang perkara yang common untuk semua perempuan/wanita di dunia, sebab naluri kaum hawa ni memang semua mahu kelihatan cantik dan sempurna, tidak kiralah sama ada untuk suami/kawan2 atau memang sifat dia mau tampil menawan setiap hari di depan orang. But in my opinion, 1st thing yang perlu kita titik beratkan ialah kulit kita yang semula jadi tanpa secalit pun make up, means disini saya tekankan jaga kulit sebaiknya tanpa terlalu bergantung dengan alat kosmetik.
Setiap orang ada cara sendiri untuk kelihatan cantik, ada yang sanggup belanja beribuan ringgit ( oh..how i wish !! :p) , purata belanja saya pula utk benda2 begini dalam RM300-RM500 sebulan termasuklah tu pigi spa buat facial,body massage and pigi hair saloon..ala...bolehlah tu kan sebab saya memang tiada expenses lain pun buat masa sekarang :D Tidak kiralah mahal atau murah asal saya rasa bagus dan berbaloi saya akan beli..hehe..dan yang pasti isu begini akan jadi gangguan untuk para lelaki, sebab pasti golongan tersebut akan mempertikaikan isu pelaburan ini yang bagi dorang tidak berbaloi ! ala...it's normal guys, as long as it still in comfortable zone okeylah kan ;)
~A beautiful woman never needs to apply make up on herself ~
Okeyy..let's talk about Beauty , ini memang perkara yang common untuk semua perempuan/wanita di dunia, sebab naluri kaum hawa ni memang semua mahu kelihatan cantik dan sempurna, tidak kiralah sama ada untuk suami/kawan2 atau memang sifat dia mau tampil menawan setiap hari di depan orang. But in my opinion, 1st thing yang perlu kita titik beratkan ialah kulit kita yang semula jadi tanpa secalit pun make up, means disini saya tekankan jaga kulit sebaiknya tanpa terlalu bergantung dengan alat kosmetik.
~"Let your skin breathe freely"~
Ya.. bukan hidung kita saja perlu bernafas, kulit pun mau bernafas juga.. hahaha
Bah hari ni saya mau sharing benda baru yang saya baru oder iaitu "Ibu Kolagen" memandangkan umur saya pun sudah mencapai 25 tahun ( kulit matang setiap wanita bermula pada usia ini..aiseh :p), jadi saya kira inilah masanya untuk saya mula trytest dengan kolagen ...opps...jangan salah sangka okey bukan suntik menyuntik ini barang, ni kolagen mentah dari sumber marin 100% , tapi rupa dia disini macam agar-agar laut, ala...yang selalu kena jual di Pasar Filipin tu makan sama sambal belacan! hahaha...tapi not sure lah kalau dari itu.
Disini saya copy paste la detail2 mengenai Ibu Kolagen ni :
Kolagen mentah yang belum di rendam
*Nilai2 nutrisi kolagen ni 10x ganda lebih tinggi dari sirip ikan yu (satu mangkuk kecil RM 300)
*Khasiatnya sama dengan sarang burung layang2 (RM 400 hingga ribuan ringgit)
*24% kolagen ni bersamaan 2 keping sarang burung layang2
*Kalsium 37 yang lebih tinggi daripada hati ikan
*PH bernilai 7.6
**Jika diamalkan seharian kulit akan nampak semakin cerah/putih, dalam masa seminggu akan nampak kesannya especially pori2 muka akan rapat dan nampak licin.. jadikan ia sebagai masker pun boleh taw..
Cara Membuat Masker :
1.Cuci muka 2-3 kali supaya pori2 di muka terbuka luas
2.Sapu rata gumpalan kolagen tadi di muka (sangat bagus dibuat setiap hari)
3.Biarkan lebih kurang 15 minit atau boleh juga dibiarkan semalaman sebelum dicuci
Kaedah Penyediaan & Cara Penggunaan :
1. Basuh kolagen mentah, ramas2 seperti basuh beras 5-6 kali
2.Rendam kolagen mentah yang telah dibasuh semalaman
3.Buang air rendaman tadi dan basuh sekali lagi 5-6 kali; toskan
4.Campur dengan 2.5 liter air kosong ke dalam periuk untuk direbus
5.Selepas mendidih biarkan ia sejuk sebelum diletakkan ke dalam bekas dan disimpan dalam peti ais (stok untuk 5 minggu) – simpan segumpal kolagen mentah yang telah direbus tadi (seperti agar2) dalam bekas bertutup ke dalam peti ais untuk dijadikan masker
Cara Pengambilan :
1.Waktu terbaik ambil semasa perut kosong (selepas bangun tidur – sebelum sarapan & sebelum masuk tidur)
2. Ambil air rebusan kolagen dari peti ais (akan jadi seperti jelly), ambil 3 sudu besar dan masukkan ke dalam gelas - boleh juga dicampurkan dengan sunquick/air buah
3.Sebelum minum tu baca Bismillah & Selawat =)
Setelah direndam semalaman
iya..itu dia detail2 yang saya share mengenai produk baru yang saya trytest..hehe..cara saya kalau makan ni ambil 3-5 sudu ( yang sudah siap kena rendam semalaman,direbus 25 minit kemudian letak di peti sejuk) letak dalam mangkuk kemudian siram air panas,rasanya ni memang tidak sedap and tiada rasa! saya pun main telan ja makan, hahaha!...well,harga murah ja saya beli RM35 termasuk postage :D , kalau ada different nanti i will give feedback about this product...okeyy have a nice day!




terima kasi krna sharing.. klu ok sila la update ye,... i pun nak nmpk cantik time kawin.. xD
ok bah kalau kau...ya nanti saya update balik pasal ni barang...haha :D